-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Tuesday, 22 July 2014

Cheese Tart

Resepi ni ustazah dapat dari sahabat fb ustazah Mak Long Aishah yang tidak lokek berkongsi resepi ngan ustazah dan teman-teman. T kasih ye Mak Long Aishah.

Bahan-bahannya

500g tepung gandum
250g butter
125g gula icing
1 biji kuning telur

Cara-caranya

Pukul butter dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan. Kalau adunan masih peroi masukkan air sejuk sikit-sikit sampai boleh uli jadi doh. Bulat-bulatkan mengikut acuan dan tekan pada acuan. Guna belakang pisau untuk potong lebihan adunan pada acuan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Bakar dalam oven yang dipanaskan 150c selama 25 minit atau sehingga perang.

Bahan inti

250g cream cheese Philadelphia
60g gula icing
30g butter
1 biji telur ayam gred B
250g jem blueberry

Cara-caranya.
Pukul semua bahan kecuali jem blueberry sehingga kembang. Letakkan sedikit jem di atas kulit pastry. Masukkan bahan inti cheese tadi sehingga rata. Lorekkan di atas dengan jem dengan buat 4 line dan gunakan lidi untuk melorek. Bakar pada suhu 135c - 150c sehingga cheese kering. Selama 8-10 minit.

Posted by Unknown at 21:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 21 July 2014

KEK LAPIS PENAWAR RINDU

Reseli hasil perkongsian shbt fb Mak Long Aishah..t ksh bnyk2..

Posted by Unknown at 23:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wajik Noxxa

Resepi ini dari Chef Riz Mohd

Bahan
2 cawan beras pulut ( rendam selama 1/2 jam)
1 cawan air
1 cawan air gula merah ( masak 1 cawan gula merah dengan 1 1/2 cawan air)
# 1 cawan gula perang
# 1/2 cawan pati santan
# 2 ulas durian - ( jika suka) bahan bertanda # perlu dimesin hingga sebati
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara

1. Basuh dan toskan beras pulut serta tuang ke dalam periuk. Masukkan air, air gula merah, daun pandan dan garam. Tutup penutup dan halakan tombol ke arah PRESSURE.
2. Set butang HIGH PEESSURE selama 6 minit dan tekan ON. Apabila sudah masak tekan butang OFF. Dan bebaskan tekanan. Buka tudung dan masukkan bahan yang dimesin serta gaul sebati.
3. Tekan butang STIR FRY dan tekan On. Kacau hingga kering dan berpalut. Tekan Off.  Tutup penutup dan biarkan dalam 5 minit. Apabila wajik betul betul masak, ANGKAT dan barulah dihidangkan.
Gambar dibawah ana buat wajik warna warni..

Posted by Unknown at 21:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: wajik noxxa

Pizza Noxxa

Assalamualaikum semua, kita tengok macam mana nak buat pizza dalam periuk tekanan Noxxa ya

Bahan ( 2 biji pizza)
5 cawan tepung gandum kualiti tinggi
# 1 1/4 cawan air
# 2 sudu kecil yis segera mauripan
# 2 sudu besar minyak/ zaitun ( blh juga pakai margerine. Ustazah pakai margerine)
# 1 sudu kecil gula
# sedikit garam
1 sudu besar minyak - sapu pada doh

Inti

1 tin tuna cili- tapis minyaknya
1/4 lada benggala hijau dan merah hiris
1/2 labu bawang besar hiris bulat
8 biji cendawan butang dihiris
8 sudi besar sos cendawan prego
8 biji tomato ceri di belah dua
Sedikit cheese mozarela
# inti boleh di pelbagai. Ustazah suka guna ayam hancur atau daging hancur. Letak minyak dan masukkan daging atau ayam yg telah dilumur garam serta lada hitam serbuk. Masak sampai masak betul.

Cara

1. Satukan semua bahan bertanda (#). Bancuh tepung dengan cecair hingga menjadi doh. Kalau guna pengadun roti lebih baik. Uli lama lebih kurang 20 minit. Tapi dulu ustazah tak ada mesin uli dengan tangan ja. Kena banting2 ye. Sapu minyak dan tutup dengan tuala atau plastik biarkan selama 20-30 minit sehingga naik double.
2. Doh yang telah kembang naik satu kali ganda ditumbuk mampat dan uli sebentar. Bahagi kepada dua bahagian. Biar naik sedikit dulu lebih kurang 10 minit. Tekan  di dalam periuk hingga ke dinding periuk. Taburkan sos prego ratakan cendawan , bawang, tomato ceri, tuna dan lada benggala. Akhir sekali taburkan keju.
3. Tutup penutup dan halakan tombol kepada STEAM. Set butang STEAM selama 12 minit dan tekan ON. Setelah masak tekan OFF. Sedia dihidangkan.

Posted by Unknown at 21:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pizza Noxxa

Sunday, 20 July 2014

Puding Marble

Resepi ni ana ambil dari blog Azlita Aziz. Resepi dari Chef Hanieliza.
Cuma ana kurangkan manis saja.

Posted by Unknown at 07:22 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Puding Marble

Wednesday, 16 July 2014

Pulut Kuning Noxxa

Assalamualaikum, ana nak tunjukkan cara-cara buat pulut kuning dengan menggunakan pc Noxxa

Bahannya
2 cwn beras pulut susu ( rendam dan letak sedikit serbuk kunyit selama 1/2 jam)
1 1/2 cawan air
1/2 cawan pati santan
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan

Cara
1. Basuh dan toskan beras serta tuang ke dalam periuk. Masukkan air, daun pandan dan garam.

2. Tutup penutup dan halakan tombol ke arah 'pressure'. Set butang 'high pressure' selama 6 minit dan tekan 'on'.

3. Apabila sudah masak tekan butang 'off' dan bebaskan tekanan. Buka tudung dan masukkan santan serta gaul sebati. Tekan butang 'warm/ reheat' dan tekan 'on'. Pastikan penutup di tutup semula.

4. Biarkan dalam 5 minit kemudian tekan butang ' off ' .Apabila pulut betul2 masak bolehlah dihidangkan

Posted by Unknown at 22:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pulut Kuning Noxxa

Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog ustazah. Ustazah doakan semuga hidup kita setiap hari sentiasa dipelihara oleh Yang Maha Esa..aamiin insya Allah.
Semakin hari semakin jauh kita tinggalkan Ramadhan yang mulia. Sedih rasanya. Doa kita agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan masukkan kita dikalangan orang-orang yang beriman.
Hari ini ustazh nak kongsikan cara-cara memasak bubur cha cha dengan menggunakan pc Noxxa. Kalau kita gunakan dapor gas akan mengambil masa yang lama untuk merebusnya. Tetapi dengan pc Noxxa pastinya lebih cepat dan ringkas.

Bahan-bahannya

Satu paket chacha ( lebih kurang 2 cwn)
Keledek oren yang telah dipotong dadu
Gula
Garam
Santan
Daun pandan

Caranya
Masukkan chacha dalam periuk boleh tanggal noxxa. Letak air 1/5 periuk. Tutup dan tukar tombol ke arah PRESSURE. kemudian tekan HIGH PRESSURE selama 3 minit dan tekan ON . Bila dah selesai tukar tombol ke arah STEAM. Tekan OFF. Buka penutup masukkan keledek dan tutup tukar tombol ke PRESSURE. Tekan HIGH PRESSURE selama 2 minit.
Tukar tombol ke STEAM dan OFF. Buka penutup dan boleh lah masukkn santan, daun pandan, gula, garam. Suaikan rasa. Ketika ini kita boleh masak dalam keadaan STIR FRY.

# Dinasihatkan jangan letakkan santan terlalu awal. Dikhuatiri chacha akan menyerap cecair santan. Hanya masukkan semasa hendak menghidangkannya ya.

Posted by Unknown at 05:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bubur Cha cha Bersama Keledek

Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog ustazah. Ustazah doakan semuga hidup kita setiap hari sentiasa dipelihara oleh Yang Maha Esa..aamiin insya Allah.
Semakin hari semakin jauh kita tinggalkan Ramadhan yang mulia. Sedih rasanya. Doa kita agar Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita dan masukkan kita dikalangan orang-orang yang beriman.
Hari ini ustazh nak kongsikan cara-cara memasak bubur cha cha dengan menggunakan pc Noxxa. Kalau kita gunakan dapor gas akan mengambil masa yang lama untuk merebusnya. Tetapi dengan pc Noxxa pastinya lebih cepat dan ringkas.

Bahan-bahannya

Satu paket chacha ( lebih kurang 2 cwn)
Keledek oren yang telah dipotong dadu
Gula
Garam
Santan
Daun pandan

Caranya
Masukkan chacha dalam periuk boleh tanggal noxxa. Letak air 1/5 periuk. Tutup dan tukar tombol ke arah PRESSURE. kemudian tekan HIGH PRESSURE selama 3 minit dan tekan ON . Bila dah selesai tukar tombol ke arah STEAM. Tekan OFF. Buka penutup masukkan keledek dan tutup tukar tombol ke PRESSURE. Tekan HIGH PRESSURE selama 2 minit.
Tukar tombol ke STEAM dan OFF. Buka penutup dan boleh lah masukkn santan, daun pandan, gula, garam. Suaikan rasa. Ketika ini kita boleh masak dalam keadaan STIR FRY.

# Dinasihatkan jangan letakkan santan terlalu awal. Dikhuatiri chacha akan menyerap cecair santan. Hanya masukkan semasa hendak menghidangkannya ya.

Posted by Unknown at 05:14 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bubur Cha cha Bersama Keledek

Monday, 14 July 2014

Nasi Arab Mandy Noxxa

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang dikasihi Allah selalu. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi bulan Ramadhan terbaik dalam hidup kita semua ya insya Allah. Dalam pada kita beribadah memasak juga merupakan aktiviti ibadah yang mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah. Namun ianya mestikan betul niat dan caranya. Sabda Rasulullulah s.a.w. bahawa barang siapa yang menjamu orang yang berbuka puasa maka ia akan mendapat pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala puasa orang tersebut. Disamping itu juga orang yang menjamu orang yang berpuasa itu akan mendapat syurga dan dijauhkan dari Neraka serta diampunkan dosa. Jadi rajin-rajinlah masak dan boleh jamu orang berbuka ya.

Berbalik pada cerita Nasi Arab Mandy ni pulak ya. Ustazah dan keluarga memang suka makan nasi Arab. Tapi harganya sangat mahal. Sesekali nak makan kena berbelanja mahal. Sejak ustazah boleh masak sendiri nasi ni, memang kami tak makan kat luar lagi. Anak-anak cakap mana boleh sama dengan Nasi Arab ibu...hehehe

Ok lah disini ana kongsikan cara-caranya serta bahan-bahannya ya. Ana pun ambil kat internet juga. Resepi dari Pn Raidah. Ana mohon halalkan ya puan. Nak bagi sebarkan pahala puan. Ramai penggemar nasi arab rupanya.

Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara2nya penyediaan ayam

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)


Posted by Unknown at 20:50 9 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: NASI ARAB MANDY AYAM DAN KAMBING

Bubur Lambuk/Bubur Nasi

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah. Meh kita tengok resepi Bubur Nasi Lambuk menggunakan periuk Noxxa. Mudah dan cepat. Tak payah nak tunggu lama-lama.

Posted by Unknown at 05:53 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Bubur Lambuk Noxxa

Sunday, 13 July 2014

Ikan Siakap Kukus Noxxa

Assalamualaikum semua. Ustazah nak kongsi resepi ikan siakap kukus resepi dr Zaidah Nor Osman. Resepi ni memang sedap dan suks hirup kuahnya. Sesuai dimakan bagi orang-orang yang hendak diet atau yang prihatin pada kesihatan. Ada orang risau tentang kolestrol, ha elok sangat la makan makanan stim ye.

Resepi ni dah memang elok dan sempurna tetapi ustazah buat penambahan sos tiram sebab sos tu dah tinggal sikit berbaki dalam botol, jadi ustazah tuang ke dalam kuahnya sebelum kukus. Kalau ada apa-apa bahan yang bersesuaian boleh lah ditambah ya. Disebabkan ustazah tidak ada stok asam ko/ boi, maka ustazah gantikan dengan belimbing buluh yang banyak di rumah mak.

Bahan-bahanya:

1. Seekor Ikan siakap kalau besar kena potong 2, kalau tak, nanti tak  muat dalam Noxxa.
2. Bersihkan ikan, lumurkan garam sekata. Boleh juga letak kiub ikan bilis pada badan ikan.
3. Ketuk serai, bawang putih, bawang merah. Masukkan dalam bekas berisi ikan.
4. Perahkan asam limau, buh gak Asam boi.
5. Masuk sedikit gula rasa masam manis sup dia nanti.
6. Tuang sikit Thai fish sauce.
Sedia utk steam. Bole masukkan carrot, brokoli, cauliflower gak. Dah masak, tabur daun sup, daun bawang.

STEAM dengan pc Noxxa Selama 15 minit. Letak kan kaki sebagai pelapik atau tin kosong yang pendek dan masukkan ikan dalam loyang bersama perapan tersebut. Setelah itu letakkan loyang atas lapik kaki, tutup dan STEAM.

P/s. Saya perasan, bdk2 suka sup ikan steam ni ⭐

Selamat Mencuba. Credit to Pn Zaidah Nor Osman️

Posted by Unknown at 18:08 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Siakap Kukus noxxa

KEK COKLAT NOXXA

Assalamualaikum sahabat-sahabat blog ustazah. Ana doakan semoga sahabat-sahabat sentiasa dilindungi Allah selalu. Aamiin

Hari ni ana nak kongsikan resepi Kek Coklat Noxxa sumber resepi dari Aisy Annuuriza Aaron. T ksh ya Aisy. Memang pantas dan mudah buat kek dengan pc Noxxa. Kalau guna oven pun boleh. Mungkin mengambil masa lebih kurang 45 minit di bakar pada suhu 180c.

Bhn A
Butter 375g
Gula 2 cawan
Susu cair 1 tin
Vanilla essence 1 tsp
*didihkn sampai gula cair
*tutup api

Bahan B
Pukul telur 4 bj ( pukul biasa je )
*masukkan dlm bhn A

Bhn C
Tepung 2 cawan
Serbuk koko 1 cawan
Baking powder 1 sudu teh
Soda bikarbonat 1 sudu teh
*ayak
* gaul sebati dengan bahan A&B

#Masuk semua dalam periuk boleh tanggal
#Set steam 20minit
#Abaikan bunyi teet2 semasa proses masak tu

Choc Ganache
*Cairkan double boil
Choc coin/ bar 300g
Butter 1 sudu besar
Whipping creme 150ml

SELAMAT MENCUBA

Posted by Unknown at 02:12 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: KEK COKLAT NOXXA

Saturday, 12 July 2014

Nasi Daging Noxxa Ustazah Ani

Salam semua. Nasi daging ni ana dapatkan resepi dari adik ana. Kalau dia ( kieSha IzzRul nama fb) balik kampung mesti kami suruh dia buat. Jadi kali ni ana pulak nak cuba masak nasi daging dengan menggunakan pc Noxxa yang sudah semestinya lebih cepat proses memasaknya.
Alhamdulillah seperti yang dijangkakan pc Noxxa memberi keputusan yang sangat membanggakan. Daging yang lebih pantas proses melembutkannya dan boleh terus masak nasi.

Bahan-bahannya

300g daging( di hiris nipis)
Satu sup bunjut
2 cwn beras basmathi  - rendam 1/2 jam  dan tos
1 1/2  - 2 cawan air rebusan daging / air + 1/2 ketul kiub daging. ( sukatan air dan beras basmathi 1 cwn beras=1 cwn air  dn 1/2 susu). Kita tengok lebihan air daging ysng kita HIGH PRESSURE tu. Klu dah ada lebih kurang 1/2 cawan, kita cuma letak air 1 cwn utk beras1 cawan. 
1/2 cawan susu cair
#1 labu bawang besar
#2 ulas bawang putih
#1/2 inci halia
Bahan2 # di.mesin halus

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga
1 kulit kayu manis
Daun pandan
1 sudu besar kismis
Sedikit kunyit dan garam
Minyak sapi dan minyak

1 sudu rempah sup ADABI

Cara

1. Tekan STIR FRY dan tekan ON. Panaskan minyak. Masukkan bawang bunga lawang, pelaga, kayu manis, halia dan daun pandan. Bila wangi masukkan daging dan sup bunjut, garam dan rempah kurma serta tekan OFF. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Set butang HIGH PRESSURE selama 40 minit serta tekan ON.

2. Bila masak tekan OFF. Bebaskan tekanan. Masukkan air, susu cair, garam, kunyit jika suka, kismis dan beras. Kalau air dalam periuk hasil rebusan daging tu tidak mengapa ya. Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Set butang HIGH PRESSURE selama 7 minit serta tekan ON. Bila masak tekan OFF. Bebaskan tekanan dan biarkan nasi selama 5 minit.

3. Sebelun hidang. Gaul perlahan-lahan hingga sebati dan sedia dihidangkan.
#jangan biarkan nasi dalam periuk tekanan. Keluarkan periuk boleh tanggal dan letal diluar. Dikhuatiri akan hangus di bawah.

Posted by Unknown at 06:57 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nasi Daging Noxxa Ustazah Ani

Friday, 11 July 2014

KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah. Ustazah doakn semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah Taala insya Allah. Aamiin

Hari ini ustazah nak kongsikan resepi Kek Gula Hangus Noxxa yang dikongsikan oleh Zai Sofea dan ustazah copy paste dari Farah Aina. Ikut resepi asal, kek ini yang dibakar menggunakan oven biasa akan mengambil masa 60 minit untuk masak tetapi dengan pc Noxxa hanya 30 minit sahaja kek jadi cantik dan cepat dimasak.

Resepi bahan 1 : 1cawan gula, 1 cawan air panas, 1 sudu makan planta.

Cairkan gula atas api, kemudian masukkan air pan as sedikit demi sedikit, kemudian tutup api, masukkan planta kacau hingga sebati.

Bahan 2 : 4 bj telur, 1 cawan susu pekat, 1 cawan tepung gandum, 2 sudu soda bikabonat, 1 sudu esen vanilla,

Cara : pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu pekat Dan esen vanilla, kemudian masukkan tepung gandum Dan soda bikarbonat yang telah diayak ( putar perlahan), kemudian masukkan bahan 1 (yg tlh disejukkan).

Biarkan selama 2-3jam

Last skali baru boh DLM periuk noxxa dalam mode steam selama 30 minit.

**bunyi beep beep akan berbunyi semasa proses steam, abaikan kerana proses steam berlaku:-)

Posted by Unknown at 07:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kek Gula Hangus Noxxa Ustazah Ani
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ▼  July (22)
      • Cheese Tart
      • KEK LAPIS PENAWAR RINDU
      • Wajik Noxxa
      • Pizza Noxxa
      • Puding Marble
      • Pulut Kuning Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Nasi Arab Mandy Noxxa
      • Bubur Lambuk/Bubur Nasi
      • Ikan Siakap Kukus Noxxa
      • KEK COKLAT NOXXA
      • Nasi Daging Noxxa Ustazah Ani
      • KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI
      • Kari tulang bersama Rebung Madu
      • Daging Goreng Sos Noxxa
      • Nasi impit Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Hujan Panas Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Ayam Noxxa Ustazah Ani
      • Puding karamel noxxa ustazah Ani
      • Doa Terawih 1
      • Ayam Panggang Noxxa Ustazah Ani
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah