Assalamualaikum semua, kita tengok macam mana nak buat pizza dalam periuk tekanan Noxxa ya
Bahan ( 2 biji pizza)
5 cawan tepung gandum kualiti tinggi
# 1 1/4 cawan air
# 2 sudu kecil yis segera mauripan
# 2 sudu besar minyak/ zaitun ( blh juga pakai margerine. Ustazah pakai margerine)
# 1 sudu kecil gula
# sedikit garam
1 sudu besar minyak - sapu pada doh
Inti
1 tin tuna cili- tapis minyaknya
1/4 lada benggala hijau dan merah hiris
1/2 labu bawang besar hiris bulat
8 biji cendawan butang dihiris
8 sudi besar sos cendawan prego
8 biji tomato ceri di belah dua
Sedikit cheese mozarela
# inti boleh di pelbagai. Ustazah suka guna ayam hancur atau daging hancur. Letak minyak dan masukkan daging atau ayam yg telah dilumur garam serta lada hitam serbuk. Masak sampai masak betul.
Cara
1. Satukan semua bahan bertanda (#). Bancuh tepung dengan cecair hingga menjadi doh. Kalau guna pengadun roti lebih baik. Uli lama lebih kurang 20 minit. Tapi dulu ustazah tak ada mesin uli dengan tangan ja. Kena banting2 ye. Sapu minyak dan tutup dengan tuala atau plastik biarkan selama 20-30 minit sehingga naik double.
2. Doh yang telah kembang naik satu kali ganda ditumbuk mampat dan uli sebentar. Bahagi kepada dua bahagian. Biar naik sedikit dulu lebih kurang 10 minit. Tekan di dalam periuk hingga ke dinding periuk. Taburkan sos prego ratakan cendawan , bawang, tomato ceri, tuna dan lada benggala. Akhir sekali taburkan keju.
3. Tutup penutup dan halakan tombol kepada STEAM. Set butang STEAM selama 12 minit dan tekan ON. Setelah masak tekan OFF. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment