Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang. Hari ni ustazah buat test masak puding karamel dalam periuk Noxxa. Selalunya masak dalam periuk kukus biasa saja. Cuma bezanya di sini, Noxxa sangat best sebab boleh masak dalam masa yang sangat singkat iaitu 10 minit. Kalau biasa tu ustazah kukus 45 minit paling kurang. Baik lah disini ustazah kongsikan resepi dan cara-caranya ya. Ini sukatan loyang kecil, kalau nak besar boleh 'didoublekan' ya..
5 bj telur ( di pukul mcm telur dadar)
1 sudu esen vanila
1/2 tin susu pekat
3 sudu susu cair
1 cwn air (ustzh guna cawan noxxa)
Lbh krg 1/2 tin air
1/2 sudu tepung jagung ( ini ustzh x ltk pun ..jadi lembut sikit)
Cara buat gula hangus:-2 sudu gula masak dalam loyang direct atas api dapor gas. Buka api perlahan saja ya. Dah elok perang letakkan 2 sudu air) biar cair gula tersebut ya..
Cara-caranya:-
Telur di pukul masukkan semua bahan-bahan kecuali gula hangus
Lepas semua dah sebati bolehlah tuang bahan-bahan tersebut kedalam loyang gula hangus.
Cara Noxxa:
1. Isi air lebih kurang 1/5 periuk boleh tanggal Noxxa.
2. Letakkan apa-apa yang boleh lapikkn loyang. Ustazah letakkan tin jagung yang kecik tu.
3. Letak loyang dan tekan button 'steam' selama 10 minit kemudian tekan 'ON'. Sebelum on mesti tutup dulu tutupnya. Dan pusing tombol ke arah 'steam' ya.
SELAMAT MENCUBA
Terima kasih,ustazah..inner calar tak guna tin tu..
ReplyDeleteSalam kenal... Nak elak calar lapik dengan kain..
Delete