-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Sunday, 13 July 2014

Ikan Siakap Kukus Noxxa

Assalamualaikum semua. Ustazah nak kongsi resepi ikan siakap kukus resepi dr Zaidah Nor Osman. Resepi ni memang sedap dan suks hirup kuahnya. Sesuai dimakan bagi orang-orang yang hendak diet atau yang prihatin pada kesihatan. Ada orang risau tentang kolestrol, ha elok sangat la makan makanan stim ye.

Resepi ni dah memang elok dan sempurna tetapi ustazah buat penambahan sos tiram sebab sos tu dah tinggal sikit berbaki dalam botol, jadi ustazah tuang ke dalam kuahnya sebelum kukus. Kalau ada apa-apa bahan yang bersesuaian boleh lah ditambah ya. Disebabkan ustazah tidak ada stok asam ko/ boi, maka ustazah gantikan dengan belimbing buluh yang banyak di rumah mak.

Bahan-bahanya:

1. Seekor Ikan siakap kalau besar kena potong 2, kalau tak, nanti tak  muat dalam Noxxa.
2. Bersihkan ikan, lumurkan garam sekata. Boleh juga letak kiub ikan bilis pada badan ikan.
3. Ketuk serai, bawang putih, bawang merah. Masukkan dalam bekas berisi ikan.
4. Perahkan asam limau, buh gak Asam boi.
5. Masuk sedikit gula rasa masam manis sup dia nanti.
6. Tuang sikit Thai fish sauce.
Sedia utk steam. Bole masukkan carrot, brokoli, cauliflower gak. Dah masak, tabur daun sup, daun bawang.

STEAM dengan pc Noxxa Selama 15 minit. Letak kan kaki sebagai pelapik atau tin kosong yang pendek dan masukkan ikan dalam loyang bersama perapan tersebut. Setelah itu letakkan loyang atas lapik kaki, tutup dan STEAM.

P/s. Saya perasan, bdk2 suka sup ikan steam ni ⭐

Selamat Mencuba. Credit to Pn Zaidah Nor Osman️

Posted by Unknown at 18:08
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Siakap Kukus noxxa

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ▼  July (22)
      • Cheese Tart
      • KEK LAPIS PENAWAR RINDU
      • Wajik Noxxa
      • Pizza Noxxa
      • Puding Marble
      • Pulut Kuning Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Nasi Arab Mandy Noxxa
      • Bubur Lambuk/Bubur Nasi
      • Ikan Siakap Kukus Noxxa
      • KEK COKLAT NOXXA
      • Nasi Daging Noxxa Ustazah Ani
      • KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI
      • Kari tulang bersama Rebung Madu
      • Daging Goreng Sos Noxxa
      • Nasi impit Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Hujan Panas Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Ayam Noxxa Ustazah Ani
      • Puding karamel noxxa ustazah Ani
      • Doa Terawih 1
      • Ayam Panggang Noxxa Ustazah Ani
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah