-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Saturday, 30 August 2014

Udang Goreng Butter Ustazah

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi sekalian. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dunia dan akhirat. Aamiin

Hari ini kita nak berkongsi resepi udang goreng butter yang mudah dan sangat sedap. Ustazah suka keropok-keropok telur kuning yang rapuh dan warna agak keperangan warnanya. Pernah makan udang ni kat luar tetapi sangat terkilan kerana udang butter yang dihidangkan tersebut amat mengecewakan.

Kali ni ustazah sangat berpuas hati bila udang butter yang dimasak sangat menjadi seperti yang diharapkan. Ustazah nak share agar kita boleh buat sendiri dan tak perlu lagi beli di luar. Harga!! Tak payah cakap lah, memang mahal dan kalau nak makan sekeluarga memang tak berbaloi. Masak sendiri amat menjimatkan.

Bahan-bahannya

1 kg udang yang bersaiz besar atau sederhana besar. Terpulang pada kemampuan masing-masing.
Garam
Lada sulah
Sebiji putih telur
Tepung jagung.

Gaulkan sebati dan goreng keperang-perangan.

Bahan untuk keropok telur

3 biji kuning telur
Cili padi / cili merah ikut kepedasan yang dikehendaki
Daun kari
2 senduk besar butter/ margerine
Sedikit minyak
Satu senduk besar untuk menggaul.
Penapis besi

Ermm memang simple bahan-bahannya kan!. Kalau malas juga nak masak memang rugi. Makan kat luar memang mahal

Ok cara-caranya

1. Mula-mula bersihkan udang dengan menggunting sedikit ekor, mulut serta kaki udang.

2. Gaul bahan-bahan udang dan goreng hingga kekuningan. Jangan lama sangat ya nanti keras pulak udang tu.

3. Angkat udang dan letakkan dalam jaring penapis besi dan ketepikan.

4. Panaskan 2 senduk besar butter/ margerine sehingga cair. Masukkan sedikit minyak.

5. Tuang telur kuning dengan menuang secara mengangkat mangkuk berisi telur kuning tinggi lebih dari paras kepala. Tuang sikit-sikit secara bertali tanpa putus dengan kuantiti yang sedikit menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan sambil mengacau/ menggaul secara bulatan satu arah tanpa henti menggunakan belakang senduk. Ini dilakukan agar menghasilkan keropok-keropok yang halus dan cantik.
Api jangan terlalu kuat. Kacau dan anda akan dapati telur tersebut berbuih. Jangan berhenti ya nanti ia akan melimpah keluar. Bila kita dah rasa warnanya agak kekuningan keperangan maka boleh lah di matikan api sambil mencampurkan cili dan daun kari.

6. Setelah itu boleh lah dituang segala campuran telur tersebut atas udang yang berada di dalam jaring penapis. Keropok akan tinggal atas udang sementara lebihan butter jatuh dalam bekas di bawah udang. (Lihat jaring dalam foto di bawah ya)

Selamat mencuba ya

Posted by Unknown at 05:24
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Udang Goreng Butter Ustazah Ani

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (14)
      • Laksam
      • Ayam Panggang Best
      • Ayam Panggang best
      • Roti Sarang Lebah Lydia Honey
      • Udang Goreng Butter Ustazah
      • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
      • Kek Pisang Gebu
      • Donut Gebu
      • Donut Gebu
      • Kek Sunquick Minyak
      • SUP EKOR POWER
      • Gulai Parpu Telur
      • Laksa Siam Noxxa
      • Kuah kacang noxxa Nasi Impit
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah