-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Wednesday, 13 August 2014

Gulai Parpu Telur

Asslamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi. Apa khabar? Harap semuanya sihat walafiat. Sihat badan, sihat akhlak dan sihat hati. Sesunguhnya tiada yang dapat menyihatkan seseorang manusia / muslim itu melainkan dia ikat hubungannya dengan Allah. Dan cara terbaik untuk dekatkan diri kepada Allah adalah dengan cara SOLAT. Ustazah teringat tazkirah ustazah petang tadi pada penghuni-penghuni rumah perlindungan wanita. Nasihat ikhlas ustazah pada mereka.

Ok lah syukur kita kepada Allah Taala, hari ni ustazah nak kongsikan resepi Gulai Parpu Telur. Gulai ni sebenarnya simple saja. Ustazah selalu masak masa ikan dan ayam tak ada dalam stok peti sejuk. Ha! Ini lah lauk kegemaran kami sekeluarga. Kalau lauk lain ada memang tak ingat langsung kat dia. Wah .. sedihnya kan. Ni pun dah lama tak masak gulai parpu telur. Rindu dan teringat-ingat la pulak.
Ok lah kita tengok bahan-bahan nya yang simple ni ye..

Bahan-bahannya

1 cwn kacang dhal
1/2 paket rempah daging/ikan
3 biji cili hijau/merah
3-4 biji ubi kentang
Santan rm2 / setengah kotak santan
1/2 kiub ikan bilis atau ikan bilis fresh
Garam
Bahan perasa
Sedikit serbuk kunyit

4/5 biji telur

Kacang panjang sebagai sayur tambahan
 
Bahan tumis darat

Beberapa biji bawang merah dihiris nipis
Bawang putih dihiris nipis

Daun kari
Halia juga dihiris nipis memanjang
Halba campur 1 sudu kecil

1. Kacang dhal direbus sampai empok. Kalau guna pc Noxxa tak payah rendam tekan je hp 30 minit. Kalau guna periuk biasa rendam dulu beberapa jam dan rebus sampai lembut kalau boleh sampai pecah kacang-kacang nya lagi best!

2. Masukkan rempah kari daging/ikan  . Sy pakai rempah ikan, dalam setengah paket dan serbuk kunyit. Dan rebus lagi dengan ubi kentang 3-4 biji yang di potong 4

3. Setelah lembut kacang dhal dan ubi boleh lah masukkan cili hijau atau merah, garam, bahan perasa dan sedikit gula.
Masukkan jugak kiub ikan bilis.

Pecah telur sebiji sbiji. Masukkan santan.

4. Suaikan rasa masin dan manisnya

5. Setelah berpuas hati dengan kepekatan dan cair kuah nya. Bolehlah masukkan minyak dalam kuali berasingan dan tumis bahan- bahan tumis darat dan tuangkan panas-panas dalam periuk kuah gulai tadi.   Wah siap tuk dihidangkan. Petua tok ustazah kalau dah tuang bahan-bahan tumis tu ambik sejemput gula dan taburkan diatas terus tutup periuk. Sikit je tau!! Nk bg wangi katanya..cuba lah ya...

Posted by Unknown at 06:03
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Gulai Parpu Telur

1 comment:

  1. mama iman14 November 2014 at 09:49

    Salam ustazah...nampak sedap sgt....
    telur bila nk masukan..masukan last sblum tumis darat ke?

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (14)
      • Laksam
      • Ayam Panggang Best
      • Ayam Panggang best
      • Roti Sarang Lebah Lydia Honey
      • Udang Goreng Butter Ustazah
      • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
      • Kek Pisang Gebu
      • Donut Gebu
      • Donut Gebu
      • Kek Sunquick Minyak
      • SUP EKOR POWER
      • Gulai Parpu Telur
      • Laksa Siam Noxxa
      • Kuah kacang noxxa Nasi Impit
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah