-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Tuesday, 12 August 2014

Laksa Siam Noxxa

Assalamualaikum sahabat2 ustazah. Hari ni nak kongsi resepi laksa siam. Dah bertahun-tahun ustazah memang suka sangat masak laksa siam dan makan laksa siam. Laksa siam bagi ustazah  lebih sedap berbanding laksa kedah atau laksa penang. Kalau dulu ustazah hanya masak laksa siam ja. Cuma baru-baru ni je ustazah dah mula masak laksa utara. Tekak ni lebih suka pada rasa dan aromanya. Tapi laksa siam ustazah dah ada sedikit perubahan pada rasa-rasa yang mirip kemelayuan. Ini semua sebab nak bagi balance dengan tekak melayu la kan. .

Ok lah ye mari kita tengok resepinya. Mana tahu kot2 ada yang berkenan..  cuma laksa siam ni bersantan dan mungkin ada yang suka makan laksa bersantan akan lebih menyukainya. Yang tak pernah makn laksa bersantan pun pasti akan menyukainya.


Insya Allah.

Bahan2nya

1 kg ikan kembung di campur sedikit dengan ikan sardin. Rebus bersama asam keping 4 keping dan garam.Kalau guna pc noxxa blh high pressure selama 90 minit dan blend semuanya sekali tanpa di tapis. Sebab tulang-tulang akan reput dan hancur. Boleh masak terus setelah diblend halus.

Bahan mesin

Cili kering ikut pedas dicampur dengan beberapa biji cili padi. Lebih pedas lebih sedap
5-6 biji bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
Halia sedikit
Lengkuas 1/2 ibu jari
Kunyit hidup
Semua bahan-bahan di atas di kisar halus.

Bahan-bahan yang dimasuk dalam kuah.

Daun limau purut beberapa helai
Bunga kantan dan daun kesum. ( ini ustazah masukkan juga nak bagi ada rasa-rasa melayu)
Serai 4 batang yang di ketuk.
Asam keping jika masih tak masam. Tapi jangan letak banyak sangat nanti terlebih masam. Limau nipis beberapa biji diperah selepas kuah mendidih
Garam, perasa, gula sedikit
Santan rm5 atau 2 kotak santan.


Cara-caranya

1. Tumis bahan yang di mesin halus.

2. Setelah bahan yang di tumis wangi dan benar-benar masak baru tuang ikan yang telah diblend halus. Kalau rebus dengan periuk biasa kena asingkan isi dan tulang. Mesin halus isi ikan. Tulang-tulang ikan juga dimesin dan ditapis ambil airnya. Boleh didihkan ikan yang diblend halus dan tumis bahan yang dikisar di kuali dan tuangkan kedalam kuah setelah masak wangi. 

3. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan tengok kalau kuah kurang warna tambahkan kunyit serbuk. Jangan kuning sangat. Kuah ni memang agak kuning kemerahan. Ada yang tak letak cili kering cuma letak cili padi sahaja. Tetapi ustazah suka letak cili kering yang dicampur dengan cili padi.

Selamat mencuba. Pada ustazah laksa siam ni sangat istimewa dan ustazah dah ubah ikut selera melayu. Insya Allah. Laksa ini dimakan dengan bihun atau laksa yang urat2 kecil bukan laksa urat besar.

Bahan-bahan ulam

Timun yang dibuang pulur dan di hiris nipis. Kalau rajin ustazah buat. Kalau tak memang potong biasa je
Cili padi dihiris dan cili merah
Bunga kantan yang dihiris nipis
Kacang panjang
Daun pudina
Bawang besar yang di hiris nipis
Limau kasturi/nipis
Nenas yang di hiris nipis
Telur ( orang Kedah memang tak tinggal telur rebus)

Selamat menjamu selera.

Posted by Unknown at 16:56
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. ibuyati9 April 2016 at 17:20

    Sedapnya laksa. Nak buat juga satu masa nanti. Tumpang lalu ye ustazah. Pc noxxa akan naik harga 1 june 2016, 7.5% lebih kurang. Jd sapa nakbeli sebelum harga naik, mai pm akak di 019-2494819 untuk harga kaseh sayang. tq.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (14)
      • Laksam
      • Ayam Panggang Best
      • Ayam Panggang best
      • Roti Sarang Lebah Lydia Honey
      • Udang Goreng Butter Ustazah
      • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
      • Kek Pisang Gebu
      • Donut Gebu
      • Donut Gebu
      • Kek Sunquick Minyak
      • SUP EKOR POWER
      • Gulai Parpu Telur
      • Laksa Siam Noxxa
      • Kuah kacang noxxa Nasi Impit
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah