Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Hari ni ustazah buat donut menggunakan resepi yang sama untuk kali kedua. Anak ustazah suka sangat resepi ni. Pernah cuba buat resepi lain tapi dia pulak tak suka. Rasanya dah berbulan-bulan anak minta donut. Bukan nya susah sangat nak buat donut tapi malas nak main tepung ni kan. Kesian pulak dah berkali-kali minta jadi mengalah jugalah. Hari ni dah janji nak buat donut maka terhasillah donut gebu yang lembut. Agak rapuh di kulit luar dan lembut didalam.
Cuma resepi ni akan menghasilkan donut yang gebu jika kita guna mixer. Kalau uli dengan tangan pun boleh tapi kena uli sampai lembut dan tepung tak lekat di tangan.
Ustazah sangat berpuas hati dengan hasil dari resepi ni. Mungkin sahabt-sahabat berkenan bolehlah mencuba ya.
Bahan-bahannya
A
600 gram tepung gandum ( stand by 100g lagi untuk menambah tepung kalau adunan terlalu lembek. Kalau dah lembut tak perlu tambah tepung. Adunan ni lembut2 sikit ya. Jadi taburkan tepung semasa nak mencanai)
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread improver
# bahan-bahan ini di ayak bersama dan masukkan dalam bekas besar
B
1 paket yis kering
1 sudu kecil gula
1 mug stgh air suam2 kuku
# bahan ini di campur dan diperap sampai berbuih
C
3 sudu besar margerine
1 sudu besar shortening ( kalau tak ada pun tak pe)
Sedikit garam
Cara-caranya
1. Perap dulu bahan B.
2. Campurkan atau satukan bahan A dan masukkan bahan C Sambil diramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Dan akhir sekali masukkan bahan B sambil mengguli sehingga lembut dan tepung tidak melekat di jari. Adunan agak lembut.
3. Tutup adunan dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.
4. Setelah adunan naik sekali ganda. Bolehlah dicanai dan diterap serta dibiarkan sehingga naik dan gebu barulah sedia untuk digoreng. Kemudian ditabur gula serta ratakan pada donut.
Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment