-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Sunday, 31 August 2014

Laksam

Resepi copy & paste dari Shuhaila  Azmi. Tak sempat cuba lagi. Nampak pun dah tahu sedap.

Posted by Unknown at 02:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: laksam

Ayam Panggang Best

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi Allah. Ustazah nak kongsikan satu resepi ayam panggang yang special. Idea ini ustazah dapat dari adik ustazah KieSha Izzrul yang terlebih dahulu mencuba ayam panggang ini. Pendapat ustazah ayam ini sangat istimewa dan sesuai untuk dihidangkan buat keluarga tersayang.
Di sini ustazah hanya copy & paste saja resepi dari fb kiesha.

Kalau ada kelapangan dan berhajat nak cuba bolehlah mencuba memasak ayam panggang ini ya.

Posted by Unknown at 01:55 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ayam Panggang Best

Ayam Panggang best

Assalamualaikum shbt2 tersayang..nk try l panggang yg sedap tak? Pada ustazah ayam ni sangat sedap dan istimewa. Ustazah dapat idea nak panggang ayam ni dari perkongsian adik ustazah yang disayangi Kiesha Izzrul minggu lepas. Kiesha kata ayam ni sangat sedap, jadi ustazah tak nak lepas kan peluang untuk mencubanya. Hasilnya sangat memuaskan.

Ni resepi ustazah copy & paste dari fb kiesha

Posted by Unknown at 01:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ayam Panggang Best

Saturday, 30 August 2014

Roti Sarang Lebah Lydia Honey

Assalamualaikum sahabat2 semua. Ustazah hari ni try kali pertama buat roti sarang lebah resepi Lydia Honey. Ustazah memang terlambat lah..dah ramai orang try buat dan ada yang dah buat bisnes dah pun. Alhamdulillah syukran jazilan pada Lydia yang sudi berkongsi resepi dengan kami, orang-orang Malaysia sehingga ramai yang dapat menjana rezeki keluarga. Hanya pahala lah ganjarannya dari Allah Taala.

Anak-anak kata roti ni roti yang paling sedap di dunia. Wah! Pendapat anak-anak yang beri pendapat ikhlas. Memang roti ni sangat istimewa. Ustazah sangat berpuas hati. Bagi sesiapa yang belum mencuba bolehlah cuba ya. Insya Allah lepas buat sekali pasti nak buat lagi.

Resepi ni ustazah copy & paste dari blog  Izzahdaut. Mohon izin ya. Terima kasih banyak- banyak.

Posted by Unknown at 21:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Roti Sarang Lebah Lydia Honey

Udang Goreng Butter Ustazah

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi sekalian. Semoga Allah sentiasa memelihara kita dunia dan akhirat. Aamiin

Hari ini kita nak berkongsi resepi udang goreng butter yang mudah dan sangat sedap. Ustazah suka keropok-keropok telur kuning yang rapuh dan warna agak keperangan warnanya. Pernah makan udang ni kat luar tetapi sangat terkilan kerana udang butter yang dihidangkan tersebut amat mengecewakan.

Kali ni ustazah sangat berpuas hati bila udang butter yang dimasak sangat menjadi seperti yang diharapkan. Ustazah nak share agar kita boleh buat sendiri dan tak perlu lagi beli di luar. Harga!! Tak payah cakap lah, memang mahal dan kalau nak makan sekeluarga memang tak berbaloi. Masak sendiri amat menjimatkan.

Bahan-bahannya

1 kg udang yang bersaiz besar atau sederhana besar. Terpulang pada kemampuan masing-masing.
Garam
Lada sulah
Sebiji putih telur
Tepung jagung.

Gaulkan sebati dan goreng keperang-perangan.

Bahan untuk keropok telur

3 biji kuning telur
Cili padi / cili merah ikut kepedasan yang dikehendaki
Daun kari
2 senduk besar butter/ margerine
Sedikit minyak
Satu senduk besar untuk menggaul.
Penapis besi

Ermm memang simple bahan-bahannya kan!. Kalau malas juga nak masak memang rugi. Makan kat luar memang mahal

Ok cara-caranya

1. Mula-mula bersihkan udang dengan menggunting sedikit ekor, mulut serta kaki udang.

2. Gaul bahan-bahan udang dan goreng hingga kekuningan. Jangan lama sangat ya nanti keras pulak udang tu.

3. Angkat udang dan letakkan dalam jaring penapis besi dan ketepikan.

4. Panaskan 2 senduk besar butter/ margerine sehingga cair. Masukkan sedikit minyak.

5. Tuang telur kuning dengan menuang secara mengangkat mangkuk berisi telur kuning tinggi lebih dari paras kepala. Tuang sikit-sikit secara bertali tanpa putus dengan kuantiti yang sedikit menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan sambil mengacau/ menggaul secara bulatan satu arah tanpa henti menggunakan belakang senduk. Ini dilakukan agar menghasilkan keropok-keropok yang halus dan cantik.
Api jangan terlalu kuat. Kacau dan anda akan dapati telur tersebut berbuih. Jangan berhenti ya nanti ia akan melimpah keluar. Bila kita dah rasa warnanya agak kekuningan keperangan maka boleh lah di matikan api sambil mencampurkan cili dan daun kari.

6. Setelah itu boleh lah dituang segala campuran telur tersebut atas udang yang berada di dalam jaring penapis. Keropok akan tinggal atas udang sementara lebihan butter jatuh dalam bekas di bawah udang. (Lihat jaring dalam foto di bawah ya)

Selamat mencuba ya

Posted by Unknown at 05:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Udang Goreng Butter Ustazah Ani

Friday, 29 August 2014

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di muliakan oleh Allah Taala. Hari ni kita tengok resepi ikan cencaru sumbat kelapa pulak ya. Selalu buat ikan ni ustazah suka sumbat dengan cili padahal memang ustazah lebih gemar kalau sumbat kelapa lagi. Cuma al maklumlah penyakit malas tu kadang-kadang mengatasi keinginan nak makan. Akhirnya buat ala kadar ja. Tapi hari ni terlebih rajin pulak. Resepi kelapa ni sangat sedap. Ustazah rekomen kat kawan-kawan kalau suka makan kelapa eloklah mencuba nya ya.

Kalau nak bakar pun boleh nak goreng pun boleh. Kali ni ustazah bakar. Kenapa bakar?? Ermm saje2 nak tukar selera. Hihi

Bahan-bahannya

3 ekor Ikan cencaru ( suruh penjual tu belah belakang siap-siap)
Garam

Kunyit

Lumurkan garam dan kunyit pada ikan luar dalam ye. Pada belahan-belahanya sekali. Tapi bahagian dalam jangan banyak sangat garam sebab inti dah cukup masin

Inti kelapa

Kelapa dalam semangkuk kecil
Cili merah 4-5 biji
Cili melaka ( ustazah tak letak tadi sebab cari dalam peti ais tak jumpa)
Kunyit hidup 2 inci ( tadi letak kunyit serbuk ja)
Bawang besar 1/2 biji yang besar. Kalau sederhana saiznya letak sebiji.
Bawang putih 3 ulas
1 batang serai
Asam jawa ( adabi dalam 1 sudu kecil)
Garam
Gula
Udang kering ( tak ada udang kering ustazah letak kiub ikan bilis tadi)

Gula sedikit ( 1/2 sudu)
# semua bahan ini di kisar halus dengan hanya sedikit air.

Dah siap semuanya, sumbatkan dalam ikan ya. Ikan kembong pun boleh.

Bakar / panggang / goreng

Selamat Mencuba.

2 helai daun kunyit di mayang. Campurkan dalam kelapa kisar.

Posted by Unknown at 05:58 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang di kasihi Allah sekalian. Ustazah tak nak coloteh banyak-banyak. Sebab hari ni sibuk sangat cuma nak kongsi resepi kek pisang dari blog yatie. Ustazah dapat dari kawan fb ustazah. Alhamdulillah hari cuba kali pertama buat memang sedaaaap sangat. Ustazah rekomen kawan-kawan kalau nak cuba silakan ya. Semoga perkongsian kita ini berpanjangan hingga ke Akhirat. Ustazah pun nak minta halal pada tuan punya resepi ya.

Posted by Unknown at 05:43 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kek Pisang Gebu

Monday, 25 August 2014

Donut Gebu

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Hari ni ustazah buat donut menggunakan resepi yang sama untuk kali kedua. Anak ustazah suka sangat resepi ni. Pernah cuba buat resepi lain tapi dia pulak tak suka. Rasanya dah berbulan-bulan anak minta donut. Bukan nya susah sangat nak buat donut tapi malas nak main tepung ni kan. Kesian pulak dah berkali-kali minta jadi mengalah jugalah. Hari ni dah janji nak buat donut maka terhasillah donut gebu yang lembut. Agak rapuh di kulit luar dan lembut didalam.

Cuma resepi ni akan menghasilkan donut yang gebu jika kita guna mixer. Kalau uli dengan tangan pun boleh tapi kena uli sampai lembut dan tepung tak lekat di tangan.

Ustazah sangat berpuas hati dengan hasil dari resepi ni. Mungkin sahabt-sahabat berkenan bolehlah mencuba ya.

Bahan-bahannya

A
600 gram tepung gandum ( stand by 100g lagi untuk menambah tepung kalau adunan terlalu lembek. Kalau dah lembut tak perlu tambah tepung. Adunan ni lembut2 sikit ya. Jadi taburkan tepung semasa nak mencanai)
3 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh bread improver
# bahan-bahan ini di ayak bersama dan masukkan dalam bekas besar

B
1 paket yis kering
1 sudu kecil gula
1 mug stgh air suam2 kuku
# bahan ini di campur dan diperap sampai berbuih

C
3 sudu besar margerine
1 sudu besar shortening ( kalau tak ada pun tak pe)
Sedikit garam

Cara-caranya

1. Perap dulu bahan B.

2. Campurkan atau satukan bahan A dan masukkan bahan C Sambil diramas-ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti. Dan akhir sekali masukkan bahan B sambil mengguli sehingga lembut dan tepung tidak melekat di jari. Adunan agak lembut.

3. Tutup adunan dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.

4. Setelah adunan naik sekali ganda. Bolehlah dicanai dan diterap serta dibiarkan sehingga naik dan gebu barulah sedia untuk digoreng. Kemudian ditabur gula serta ratakan pada donut.

Sedia untuk dihidangkan. 

Posted by Unknown at 05:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Donut Gebu
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (14)
      • Laksam
      • Ayam Panggang Best
      • Ayam Panggang best
      • Roti Sarang Lebah Lydia Honey
      • Udang Goreng Butter Ustazah
      • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
      • Kek Pisang Gebu
      • Donut Gebu
      • Donut Gebu
      • Kek Sunquick Minyak
      • SUP EKOR POWER
      • Gulai Parpu Telur
      • Laksa Siam Noxxa
      • Kuah kacang noxxa Nasi Impit
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah