-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Thursday, 22 May 2014

Rendang Ayam Ustazah

Assalamualaikum kawan-kawan. Ustazah doakan semuga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala maksiat dan dosa aamiin. Ustazah hendak kongsikan resepi rendang ayam. Anak ustazah yang no 4 ni suka sangat makan rendang yang ibu masak. Dah makan tu sampai berulang-ulang cakap 'sedapnye' , 'sedapnye'. Entah lah apa yang sedap sangat pun tak tahu la.
Apa kata kawan-kawan cuba masak kot2 sedap ye. Hihi����
Ok lah meh kita tengok ye resepi nye.

Bahan-bahannya:

Ayam seekor yang sudah pun di potong kecil dan dibersihkan. Bersihkan dengan air yang telah dicampur tepung gandum untuk hilangkan bsu hanyir.

A:
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*halia sebesar ibu jari
*lengkuas
*3 batang serai
*kunyit hidup
* 7-8 biji cili padi
Semua bahan * diblend.

B:
Cili kering ikut pedas jgk diblend. Campurkan cili yang diblend dengan 3 sudu besar serbuk kari daging

C:
Jintan manis dan ketumbar masing-masing 1 sudu kecil di sangai dan di blend kering atau di tumbuk

D:
4 sekawan ( kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga).

E:
21/2 sudu besar kerisek dan air asam jawa. Gula dan garam.

F: Santan

Daun kunyit yang dihiris nipis

Cara2nya:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan D. Dan msukkan bahan A. Setelah wangi dan garing . Msukkan bahan B. Setelah cili masak betul dan naik minyak msukkan bahan C, dan ayam. Kemudian masukkan bahan E. Dan F ( dan SANTAN )Setelah semua rasa sebati dan pecah minyak boleh la di msukksn daun kunyit yang telah dihiris nipis.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.

Posted by Unknown at 22:37
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RENDANG AYAM

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Rendang Ayam Ustazah
      • Asam Pedas Ikan Tenggiri Simple
      • Sambal Kuinin
      • Pucuk Ubi Masak Lemak Ustazah
      • Ayam Masak Kicap Ustazah Ani
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah