-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Thursday, 22 May 2014

Asam Pedas Ikan Tenggiri Simple

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian semuga Allah sentiasa merahmati hidup kita dunia dan akhirat.
Hari ini ustazah hendak letak resepi Asam Pedas yang selalu ustazah buat kat keluarga ustazah. Resepi ni bukan lah special sangat. Ustazah bukan lah seorang chef handalan tetapi untuk suami dan anak-anak mereka memang mengiktiraf ustazah sebagai tukang masak handalan. Itu pun dah cukup membahagiakan hidup ustazah. Yang penting keluarga suka kan. Ustazah percaya ibu-ibu di luar sana pun sama ye tak? Air tangan ibu memang tiada tandingan.
Ok lah ni resepi simple yang semua orang boleh buat ye.

Bahan-bahannya:
Ikan yang telah siap dibersihkan. Samada ikan seekor-sekor atau ikan isi. Ustazah guna 5 ketul isi ikan tenggiri.
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*10-12 biji Cili kering yg telah direbus.
*Belacan lebih kurang besar ibu jari.
*Kunyit hidup ( klu x dak serbuk kunyit pun x pa)
Semua bahan * ini di blend.

Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk hilal/serbuk perasa
Terung atau bendi
Tomato
Bawang yang dipotong bulat-bulat
Daun kari
Daun kesum
Serai 2 batang
Bunga kantan

Cara-caranya:
Letak minyak dalam sesenduk atau lebih sikit. Tumis bahan blend dan daun kari.  Bila dah wangi dan agak garing masukkan air asam jawa. Msukkan ikan bila dah mendidih. Tambahkan air sedikit jangan pekat sangat. Kemudian bolehlah dimasukkan bendi atau terung. Garam dan gula serta serbuk hilal. Bila dah nmpk kuah elok bolehlah di masukkan daun kesum dan bunga kantan serta bawang yang di potong bulat.
Sedia dihidangkan.


Posted by Unknown at 22:09
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Rendang Ayam Ustazah
      • Asam Pedas Ikan Tenggiri Simple
      • Sambal Kuinin
      • Pucuk Ubi Masak Lemak Ustazah
      • Ayam Masak Kicap Ustazah Ani
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah