-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Thursday, 22 May 2014

Rendang Ayam Ustazah

Assalamualaikum kawan-kawan. Ustazah doakan semuga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala maksiat dan dosa aamiin. Ustazah hendak kongsikan resepi rendang ayam. Anak ustazah yang no 4 ni suka sangat makan rendang yang ibu masak. Dah makan tu sampai berulang-ulang cakap 'sedapnye' , 'sedapnye'. Entah lah apa yang sedap sangat pun tak tahu la.
Apa kata kawan-kawan cuba masak kot2 sedap ye. Hihi����
Ok lah meh kita tengok ye resepi nye.

Bahan-bahannya:

Ayam seekor yang sudah pun di potong kecil dan dibersihkan. Bersihkan dengan air yang telah dicampur tepung gandum untuk hilangkan bsu hanyir.

A:
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*halia sebesar ibu jari
*lengkuas
*3 batang serai
*kunyit hidup
* 7-8 biji cili padi
Semua bahan * diblend.

B:
Cili kering ikut pedas jgk diblend. Campurkan cili yang diblend dengan 3 sudu besar serbuk kari daging

C:
Jintan manis dan ketumbar masing-masing 1 sudu kecil di sangai dan di blend kering atau di tumbuk

D:
4 sekawan ( kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga).

E:
21/2 sudu besar kerisek dan air asam jawa. Gula dan garam.

F: Santan

Daun kunyit yang dihiris nipis

Cara2nya:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan D. Dan msukkan bahan A. Setelah wangi dan garing . Msukkan bahan B. Setelah cili masak betul dan naik minyak msukkan bahan C, dan ayam. Kemudian masukkan bahan E. Dan F ( dan SANTAN )Setelah semua rasa sebati dan pecah minyak boleh la di msukksn daun kunyit yang telah dihiris nipis.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN.

Posted by Unknown at 22:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: RENDANG AYAM

Asam Pedas Ikan Tenggiri Simple

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian semuga Allah sentiasa merahmati hidup kita dunia dan akhirat.
Hari ini ustazah hendak letak resepi Asam Pedas yang selalu ustazah buat kat keluarga ustazah. Resepi ni bukan lah special sangat. Ustazah bukan lah seorang chef handalan tetapi untuk suami dan anak-anak mereka memang mengiktiraf ustazah sebagai tukang masak handalan. Itu pun dah cukup membahagiakan hidup ustazah. Yang penting keluarga suka kan. Ustazah percaya ibu-ibu di luar sana pun sama ye tak? Air tangan ibu memang tiada tandingan.
Ok lah ni resepi simple yang semua orang boleh buat ye.

Bahan-bahannya:
Ikan yang telah siap dibersihkan. Samada ikan seekor-sekor atau ikan isi. Ustazah guna 5 ketul isi ikan tenggiri.
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*10-12 biji Cili kering yg telah direbus.
*Belacan lebih kurang besar ibu jari.
*Kunyit hidup ( klu x dak serbuk kunyit pun x pa)
Semua bahan * ini di blend.

Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk hilal/serbuk perasa
Terung atau bendi
Tomato
Bawang yang dipotong bulat-bulat
Daun kari
Daun kesum
Serai 2 batang
Bunga kantan

Cara-caranya:
Letak minyak dalam sesenduk atau lebih sikit. Tumis bahan blend dan daun kari.  Bila dah wangi dan agak garing masukkan air asam jawa. Msukkan ikan bila dah mendidih. Tambahkan air sedikit jangan pekat sangat. Kemudian bolehlah dimasukkan bendi atau terung. Garam dan gula serta serbuk hilal. Bila dah nmpk kuah elok bolehlah di masukkan daun kesum dan bunga kantan serta bawang yang di potong bulat.
Sedia dihidangkan.


Posted by Unknown at 22:09 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS

Tuesday, 20 May 2014

Sambal Kuinin

Assalamualaikum shbt2 yg d muliakn olh Allah selalu hendaknya. Hari ni ustazah nk kongsi resepi sambal kuinin. Sebnarnya ramai ada cara masing. Cara ustzh buat ialah
Bhn2nya
4 biji cili merah
5 biji cili padi
Gula
Garam
1 biji lemon
Belacan sebesar ibu jari
1 biji buah kuinin di hiris nipis..
Semua bhn ini d blend atau d tumbuk kecuali buah kuinin..
Kuinin d campur selepas semua bahan-bahan siap di blender.

Posted by Unknown at 06:08 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: SAMBAL BELACAN KUININ

Sunday, 18 May 2014

Pucuk Ubi Masak Lemak Ustazah

Assalamualaikum shbt2 yg di kasihi. Hr ni ustzh msak pucuk ubi msak lemak. Pucuk ubi ni dh seminggu dlm peti sejuk. Ingt nk msak minggu lps tp x sempt2. Td tgk2 apa nk msak tuk tgh hari ternmpk pucuk ubi yg dh seminggu bertapa dan risau keadaannya semakin kecut, ustzh pun smpn blk ikan teruslah mula memasak. Nmpknya masih segar dn elok. Walau mcm mna pun ank yg bungsu tu x blh nk mkn pedas jd ayam kena jgk goreng nnti. Lawan masak lemak ni ialah tak lain dn x bkn (hihi) sambal belacan kuinin. Smbil potong sambik msuk mulut. Manis sgt mmg x thn klh jumpa buah kuinin. Feveret sgt ni.. 

Ramai yg dh tahu masak pucuk ubi ni, tp ustzh nk jgk share resepi bg adk2 yg br bljr nm msak atau tuk ank2 ustzh blh la buka blog klu trngn nk msak. Yg dh pndai masak tu x pe. Blh jgk jamu mata kot2 ada yg terfikir nk msak apa kan.
Bhn2nya:
1 biji bwg besar saiz kecil/ sederhana
2 inci kunyit hidup
6-7 bj cili padi
1 sudu kecil udang kering
Bhn ni d blend
Udang bnyk mna yg suka
Santan rm2.
Serbuk hilal 1 sudu kecil
Sdkt kunyit tuk warna yg lbh mnrk
Garam
Petai
Seikt pucuk ubi..ustzh ambik jgk daun2 nya d celur dgn sdkt garam
Caranya
Dlm periuk msukkn air dan pucuk ubi dan bhn2 blend . Panaskn api dh mndidih msukkn santan dn bhn2 lain..bla dh pekat blh la d angkat.

Posted by Unknown at 21:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: ni semua bhn2 nya ya

Thursday, 15 May 2014

Ayam Masak Kicap Ustazah Ani

Assalamualaikum shbt2 yg d sayangi. Hari ustazah nk kongsi resepi Ayam Masak Kicap yg mnjd kegemaran ank2 ustzh. Seblum ni msak ikut resepi lain tp sjk mkn kt satu kedai makan ni di Alor Setar, selera pun dh bertukar kpd  rs yg baru. Selalu jgk g mkn dn alhamdulillah dpt la tangkap bhn2 yg d ltkkn dlm msak kicap ni. Ustzh x pasti klu bhn2 tu tepat atau tdk tp yg pasti berlainan dgn resepi selalu ustzh masak.
Dan plg pntg skli apabila ank2 suka. Resepi ni simple sgt bkn ada apa2 bhn special pun..
Bhn2 nya:
Ayam seekor yg d potong 16 ( ikut selera msg2 ya) gaul dgn gram dn kunyit dn d goreng sepruh masak. Jgn smpi garing
Kicap manis kipas udang
Bhn blend ( 2 bj bwg besar, 3 ulas bwg putih dan halia sebsr ibu jari)
Kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih
1/2 sd teh Lada hitam d tumbuk
Sdkt air
2 sd besar sos tomato
Gula . Garam jk perlu dn ustzh ltk sebuk hilal.
Tumis bhn tumis dan bhn blend..bla dh agak garing skt ltk sos tomato dn kicap. Lada hitam dan semua bhn2 d atas. ( lada hitam tu yg buat sdp) dn ayam..kacau smpi mesra. Hiaskn dgn potongan bulat bwg besar..ok dh siap..

Posted by Unknown at 06:20 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: aym msak kicap
Location: Sekolah Menengah Vokasional, Alor Setar
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ▼  May (5)
      • Rendang Ayam Ustazah
      • Asam Pedas Ikan Tenggiri Simple
      • Sambal Kuinin
      • Pucuk Ubi Masak Lemak Ustazah
      • Ayam Masak Kicap Ustazah Ani
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah