-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Sunday, 30 November 2014

Blueberry Cheese Tart

Alhamdulillah setelah seminggu anak ustazah yang kecil ni minta ibu buatkan cheese tart. 'Adik' iaitu panggilan manje buat anak yang kecil ni mula merengek nak cheese tart sebab dia lihat resepi cheese tart ni dari majalah Barbie.

Di sini resepi nya ya:

Bahan

170g margerine
50g icing sugar
1 egg / telur gred b
290 g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila

Caranya :

1. Pukul margerin dan gula dengan senduk kayu. Jangan terlebih pukul. Biar dia bercampur sahaja dan masukkan esen vanila dan telur. Pukul lagi sehingga sebati. Tak perlu guna mixer. Pukul dengan tangan je.

2. Masukkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau lagi sehingga menjadi doh. Di tahap ini ustazah guna tangan ( hujung2 jari). Simpan adunan sejam dalam peti sejuk. Tadi ustazah nak cepat jadi ustazah cuma rehatkan selama 15 minit. Tapi lagi lama lagi elok doh tu. Semalaman lagi elok kulit tart.

3. Keluarkan doh dari peti sejuk dan biarkan sejuk seketika. Bila dah sedia lembut buat bulat-bulat dan masukkan dalam setiap acuan tart. Kemudian tekan dengan jari dan buatlah setebal mana yang dikehendaki. Trim kan dengan pisau lebihan doh di tepi-tepi acuan. Kemaskan . Cucukkan dengan garfu pada doh dalam acuan.

4. Bakar pada suhu 180°c selama 25 minit lebih kurang. Sehingga warna keemasan.

5. Sejukkan dulu kulit tart
Dan sedia untuk buat cheese filling.

Inti cheese

Bahan:

250g cream cheese
50g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh vanila
Blueberry jelly
Pewarna makanan

Caranya:

1. Mula-mula sekali paipkan blueberry dalam kulit tart. Guna piping beg.

2. Campurkan cream cheese dan gula sehingga kembang. Cream cheese hendaklah dikeluarkan 30 minit dari peti ais. Jangan biarkan cream cheese pada suhu bilik.

3. Selepas kembang masukkan telur dan vanila. Pukul sebati.

4. Paip kan inti cheese dalam kulit tart sehingga penuh.

5. Ambil sedikit inti cheese dan warna kan setelah itu lorekkan pada tart mengikut kreativiti sendiri.

6. Bakar pada 180°c selama 5-7 minit. Sehingga intinya keras. Jika di sentuh dan tidak melekat pada jari.

Posted by Unknown at 06:46
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Blueberry Cheese Tart

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ▼  November (10)
      • Blueberry Cheese Tart
      • Bengkang Roti Ustazah Ani
      • Victoria Sandwich - Puan Nurul Nadiah
      • Cheese Cake - Yannie Dee
      • Oreo Cheesekut
      • Donut step by step
      • Laksa Utara
      • Chicken Chop
      • Kuih Kasturi/ kuih Kacang
      • Cucur Badak
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah