-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Friday, 28 November 2014

Bengkang Roti Ustazah Ani

Alhamdulillah resepi yg bertahun-tahun diguna sangat berjasa dan yang paling penting sangat ringkas dan sangat sedap. Ustazah dah kongsikan resepi ini sejak tahun 2010 ketika mula-mula ada akaun fb. Syukur ramai yang dah cuba malah ada yang boleh berbisnes dengan resepi ini. Kita nak ucapkan terima kasih jgk pada tuan punya resepi. Sebenarnya ustazah dapat resepi ni dari satu buku / majalah masakkan. Hampir belasan tahun ustazah gunakan tanpa jemu.

Rugi kalau tak cuba. Bahan pun sikit dan mudah kita ingat.

Bahan

1 buku roti putih yang saiz kecil
1 tin susu pekat ( biasanya ustazah tak tuang semua, tinggalkan sedikit sebab tak berapa suka manis)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 mug air panas/ suam di tuang dlm roti
Boleh letak coklat chips, jagung, kismis, apa-apa sahaja bahan yang disukai tanpa sukat.

Caranya

1. Masukkan 1 sudu besar margerine dalam loyang dan panaskan sampai cair dalam oven.

2. Carikkan roti dan masukkan dalam bekas besar.

3. Tuangkan air panas. Tekan-tekan sedikit roti biar hancur sedikit. Tak perlu dihancurkan semua.

4. Tuang susu pekat, telur yang telah dipukul.

5. Masukkan apa-apa bahan atau nak dibiarkan kosong pun ok..

6. Adunan tersebut masukkan dalam loyang dan bakar. Suhu 180 c lbh kurang 45 minit atau sampai garing permukaannya. Oven mesti dipanaskan dahulu ya.

Selamat menjamu selera.

Posted by Unknown at 21:03
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ▼  November (10)
      • Blueberry Cheese Tart
      • Bengkang Roti Ustazah Ani
      • Victoria Sandwich - Puan Nurul Nadiah
      • Cheese Cake - Yannie Dee
      • Oreo Cheesekut
      • Donut step by step
      • Laksa Utara
      • Chicken Chop
      • Kuih Kasturi/ kuih Kacang
      • Cucur Badak
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah