Resepi kuih pau ni memang dah lama saya buat. Dah malas nak tukar resepi lain sebab takut mendapat hasil yang mengecewakan. Jadi kalau dah biasa kita tetap ja dengan resepi yang sama nanti tak lah marah-marah kalau tak jadi. Saya selalu juga cuba-cuba tukar resepi tapi akhirnya anak-anak tegur kenapa dulu sedap sekarang dah lain.
Jadi kalau untuk kuih pau memang guna resepi ni je.
Bahan-bahannya
500g tepung pau/ halus/ tepung gandum biasa.
1 1/2 sudu besar susu tepung apa-apa jenama
1 sudu kecil baking powder
50g minyak
100g gula
230 ml air suam ( boleh tambah air lagi jika perlu)
11g yis segera
Cara-caranya
1. Ayak tepung bersama baking powder dan susu tepung.
2. Masukkan yis, garam ke dalam adunan tepung dan sebatikan.
3 . Larutkan gula bersama air suam.
4. Campukan larutan gula kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli. Kalau ada mixer lebih baik resultnya.
5. Masukkan minyak sedikit demi sedikit.
6. Uli sampai adunan kenyal. Uli seperti membanting baju yang hendak di basuh. Buat cara tekan dan tolak. Berulang kali.
7. Biarkan adunan rehat selama 15 minit. Tutup doh dengan plastik.
Setelah cukup masa rehat tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan potong adunan dengan pisau sebesar mana yang dikehendaki. Leperkan dan dan isi dengan inti yang disukai. Biarkan dulu beberapa ketika ( 10 minit) untuk biar dia akan naik gebu baru dikukus. Penutup pengukus haruslah di ikat kain bagi mengelakkan air tumpah atas pau.
Jangan kukua lebih dari 5 minit. Ini akan menyebabkan pau mengejut. Kukus lima minit sahaja.
Inti Kelapa
Kelapa yang putih
Gula merah
Gula putih
Sedikit garam
Air
Caranya
Panaskan air dan gula. Tapis kan. Masak semula air gula dan kelapa serta garam. Masak sehingga kering air dan kelapa bersalut dengan air gula.
No comments:
Post a Comment