-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Thursday, 23 July 2015

Kek Buah Kukus

Alhamdulillah hari ni mencuba buat kek Buah Kukus dan hasilnya sangat memuaskan hati. Kalau nak buat apa-apa memang kena berazam. Kalau tidak asyik bertangguh ja memang tak akan jadi.

Ustazah nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Zai Sofea yang mula-mula menunjukkan cara menggunakan PC Noxxa untuk masak kek buah kukus ini. Kepada Bonda umi jugak sebab melalui kiriman Kek Buah kukus bonda yang sangat sedap, ustazah tergerak nak buat kek kukus ni. Ustazah dan suami memang penggemar kek buah. Habis licin kek bonda kami kerjakan. Lepas tu kenalah ikhtiar sendiri kan.

Kepada blog Azie Kitchen juga banyak membantu. Dan juga blog tulisan dari Syifa. Semoga Allah Taala kurniakan pahala dan rezeki yang melimpah ruah ya buat kalian.

Resepi Kek Buah Kukus

250g mentega
340g gula
50g air
500g buah buahan campuran
3 biji telur gred A atau B
1 sk esen vanila
1.sk perasa mixer fruits

Bahan Ayak

1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350g tepung gandum
1 sk serbuk nutmeg ( tadi x de so x letak)
Kata azie pakai esen rose pun boleh

Cara

1. Masak gula pasir sampai perang. Kena jaga api jangan sampai hangus. Api sederhana

2. Dah elok perang masukkan air sedikit-sedikit.

3. Msukkan butter dan kacau sampai butter cair.

4. Masukkan buah-buahan campuran. Kacau dan padamkan api biarkan ia suam-suam sikit.

5. Masukkan bahan ayak dan telur yang sudah d pukul dengan mixer tadi. Jangan kacau lama sangat.

6. Masukkan ke dalam loyang yang sudah d lapik dengan kertas minyak. Dan loyang yang d sapu butter. Loyang empat segi 7x7 atau mana2 loyang yang muat.

Kukus 2-4 jam. Ustazah guna PC Noxxa ja. Masukkan air dan set 5 minit pressure. Lps tu lepaskan steam dan masukkan loyang yang berisi adunan kek tadi. Sebelum itu alas dengan tungku berkaki dulu ya. Air sama paras tungku. Loyang harus d tutup dengan aluminiuk foil dan d ikat tali agar tidak masuk air. Pressure 90 minit dan tambah 30 minit lagi. Yang paling best tu tak perlu tambah air.

Biarkan sejuk dl baru kluarkan loyang. Lagi sedap jika d simpan 2 hari. Bungkus dengan plastik wrap.

Selamat mencuba

Posted by Unknown at 02:18
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kek buah kukus

1 comment:

  1. Anonymous14 August 2017 at 04:22

    Assalamualaikum Ustazah, nak tanya ... " Pressure 90 minit dan tambah 30 minit lagi. " <-- masa ni perlu lepaskan steam atau diam kan saja. Atau terus tambah 30 minit betul2 lepas 90 minit tamat.

    2) Kita memang arah pada tombol steam kan utk 90 dan 30 min tu?

    Maaf ye ustazah confius sikit.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ▼  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (36)
      • Nasi Lemak versi Ustazah Ani
      • Step by step Kari Ikan Masin
      • Bihun Goreng Putih
      • Sardin homemade Ustzh Habsah
      • Kek Batik Ida Shahida
      • Koleksi Resepi Karipap
      • Agar-Agar Pandan
      • Ikan Pari Bakar
      • Kek Buah Kukus
      • Talam Pandan
      • Kuih lapis
      • Kuih kaswi pandan
      • Nasi Pulao/ Nasi Pilau
      • Biskut Famous Amos
      • Roti Jala ( susu cair)
      • Donut Kentang
      • Pulut Seri Muka
      • Ayam masak Hitam
      • Roti Jala
      • Rendang Ayam ( Ida Shahida)
      • Kek Mentega Marmar
      • Biskut London Almond
      • Ayam Goreng ala Kenny Rogers
      • Biskut untaian kasih
      • Biskut Cornflake
      • Red Pearl Cookies
      • Marble Cheese Cake
      • Biskut Peanut Butter
      • Kek buah bakar
      • Rendang Negeri Sembilan
      • Nasi Ganja
      • Lasagna Mudah
      • Chewy Brownies
      • Penawar sakit Jantung
      • Kuah Pecal
      • Kerabu Epal
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah