-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Tuesday, 30 September 2014

Roti Sausage dan Roti Cheese

Resepi ni dapat dari taukeh bakery. First time try alhamdulillah menjadi. Roti yg lembut dan sangat gebu

Posted by Unknown at 16:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Roti Sausage dan Roti Cheese

Saturday, 27 September 2014

Apam Susu

Kongsi resepi dari adik ustazah KieSha IzzRul. Katanya serius sedap sangat. Cuma kiesha tsmbah esen rose agar lebih wangi.

Posted by Unknown at 08:26 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Apam Susu

Monday, 22 September 2014

Kek Minyak Super Gebu

Hasil perkongsian dari adik "KieSha IzzRul"

Sangat sedap dan gebu

Posted by Unknown at 02:06 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 19 September 2014

Roti Bun Kelapa

Assalamualaikum shbt2 semua. Seronoknya hari ni dapat meroti dan dapat hasil yang sangat memuaskan. Resepi yang nak ustazah share dengan kawan-kawan adalah dari perkongsian Isma Maisarah. Resepi ni lembut dan sangat cantik.

Bahan-bahan

500g tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cawan gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux ( nak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air suam ( kali ini saya guna shortening )

Satukan semua bahan. Kalau nak rendam yis dengan air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut.  Kalau uli dengan tangan buat 1/2 jam. Selang seli dengan banting-banting. Perapkan 30 minit atau hingga doh nauk sekali ganda. Setelah doh naik. Tumbukkan doh. Dan bulat-bulatkan atau nak letak sosej ke. Rehatkan doh 30 minitm sapu butter atau kuning telur. Bakar pada suhu 160 c selama 20-30 minit bergantung pada oven masing-masing.

Water roux

1/4 cwan tepung gandum
250 ml air
Campurkan semua bahan dan kacau dengan whisk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu jangan bergentel. Biar sampai pekat. Sejukkan boleh guna terus atau simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna biarkan ia pada suhu bilik. Tahan selama 2 hari.

Posted by Unknown at 22:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Roti Bun Inti Kelapa

Thursday, 18 September 2014

Pizza Ustazah Ani II

Salam semua. Ni resepi pizza ustazah yang ustazah tak pernah tukar sejak dari mula-mula berjinak-jinak dalam dunia baking membaking ni.

Kalau nak cuba, silalah cuba dan insya Allah akan pasti puas hati.

Di bawah ini adalah resepi doh pizza.

Ustazah bagi cara-caranya dulu ya

Cara-cara

1. Ayak tepung dan masukkan dalam bekas besar bersama garam.

2. Masukkan yis, dan margerine. Ramas-ramaskan dan masukkan cecair susu. Uli sampai lembut.

3. Tutup adunan dan biarkan doh rehat selama 45 minit.

4. Tumbuk-tumbukkan doh dan canai mengikut saiz yang dikehendaki dan cucuk dengab garfu pada adunan roti.

5. Biarkan doh rehat sekali lagi selama 15-20 minit. Sementara itu panaskan oven.

6. Bakar sampai masak.

Topping

Boleh buat ikut selera.

Posted by Unknown at 01:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Pizza Ustazah Ani

Monday, 15 September 2014

Kek Minyak Gebu

Ustazah nak share resepi kek minyak super gebu. Resepi ini copy & paste dari fb. Ustazah cuma ubah sikit warna kepada pink dan guna perasa ros. Letak sedikit cokelat chips..

Selamat Mencuba

Posted by Unknown at 20:58 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kek minyak gebu

Sunday, 14 September 2014

KASWI PANDAN

Assalamualaikum semua, ustazah nak kongsikan resepi kaswi pandan yang sedap dan mudah di masak. Resepi ustazah share dari fb Kiesha Izzrul, adik tersayang. Ustazah copy & paste dari fb kiesha

Posted by Unknown at 06:17 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kaswi pandan

Saturday, 13 September 2014

Nasi Minyak Trengganu

Pertama kali makan nasi minyak trengganu ini sudah berjaya mencuri selera ustazah dan anak-anak. Resepi nasi minyak ini adalah inspirasi adik ustazah yang tersayang 'Kiesha Izzrul' nama fbnya. Kiesha dapat resepi ini dari ibu mertuanya yang sememangnya berasal dari Trengganu. Kami sering kali berpeluang merasa pelbagai jenis resepi dari Trengganu kerana sememangnya adik ustazah ini sangat minat memasak, apatah lagi ibu mertuanya memang mahir memasak. Jadi kami pun dapatlah tumpang sekali.

Ok! Ustazah copy & paste resepi dan foto dari fb Kiesha Izzrul.

Posted by Unknown at 04:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nasi Minyak Trengganu

Wednesday, 10 September 2014

KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum sahabat2 ustazah. Ustazah nak sharekan resepi kek cokelat kukus. Mula-mula makan kek ni di rumah biras ustazah kak Rosnah. Kemudian apa lagi minta la resepi sebab senang nak buat. Main blender. Tak payah nak pakai mixer kek segala. Pakai blender je. Tapi hati-hati ya jangan pulak kena bekas blend cili nanti jadi kek cokelat cili pulak kan..��

Ok ni resepinya ya.

Posted by Unknown at 06:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kek Cokelat Kukus

Krim puff best

Assalamualaikum..resepi pilihan ustazah yang dah lama ustazah buat. Memang tak nak tukar dah resepi lain. Ustazah start guna resepi ni dari tahun 1993 lagi sampai sekarang. Ustazah  copy paste dari fb adik ustazah Kiesha Izzrul. Dia dah try dan sangat berpuas hati. Malas nak tulis yang baru. Cuba lah ya..

Posted by Unknown at 05:07 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Krim Puff Best

Monday, 1 September 2014

Kuih Pau Gebu

Resepi kuih pau ni memang dah lama saya buat. Dah malas nak tukar resepi lain sebab takut mendapat hasil yang mengecewakan. Jadi kalau dah biasa kita tetap ja dengan resepi yang sama nanti tak lah marah-marah kalau tak jadi. Saya selalu juga cuba-cuba tukar resepi tapi akhirnya anak-anak tegur kenapa dulu sedap sekarang dah lain.

Jadi kalau untuk kuih pau memang guna resepi ni je.

Bahan-bahannya

500g tepung pau/ halus/ tepung gandum biasa.
1 1/2 sudu besar susu tepung apa-apa jenama
1 sudu kecil baking powder
50g minyak
100g gula
230 ml air suam ( boleh tambah air lagi jika perlu)
11g yis segera

Cara-caranya

1. Ayak tepung bersama baking powder dan susu tepung.

2. Masukkan yis, garam ke dalam adunan tepung dan sebatikan.

3 . Larutkan gula bersama air suam.

4. Campukan larutan gula kedalam adunan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli. Kalau ada mixer lebih baik resultnya.

5. Masukkan minyak sedikit demi sedikit.

6. Uli sampai adunan kenyal. Uli seperti membanting baju yang hendak di basuh. Buat cara tekan dan tolak. Berulang kali.

7. Biarkan adunan rehat selama 15 minit. Tutup doh dengan plastik.

Setelah cukup masa rehat tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan potong adunan dengan pisau sebesar mana yang dikehendaki. Leperkan dan dan isi dengan inti yang disukai. Biarkan dulu beberapa ketika ( 10 minit) untuk biar dia akan naik gebu baru dikukus. Penutup pengukus haruslah di ikat kain bagi mengelakkan air tumpah atas pau.

Jangan kukua lebih dari 5 minit. Ini akan menyebabkan pau mengejut. Kukus lima minit sahaja.

Inti Kelapa

Kelapa yang putih
Gula merah
Gula putih
Sedikit garam
Air

Caranya
Panaskan air dan gula. Tapis kan. Masak semula air gula dan kelapa serta garam. Masak sehingga kering air dan kelapa bersalut dengan air gula.

Posted by Unknown at 06:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Kuih Pau Gebu
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ▼  September (11)
      • Roti Sausage dan Roti Cheese
      • Apam Susu
      • Kek Minyak Super Gebu
      • Roti Bun Kelapa
      • Pizza Ustazah Ani II
      • Kek Minyak Gebu
      • KASWI PANDAN
      • Nasi Minyak Trengganu
      • KEK COKLAT KUKUS
      • Krim puff best
      • Kuih Pau Gebu
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah