Laksa Utara memang kegemaran ramai. Ustazah pula pelek sikit suka makan kuah laksa dengan bihun goreng. Baiklah kita lihat resepinya ya. Ustazah percaya ramai yang dah pandai buat kuah laksa utara namun masih ada yang baru-baru nak belajar.
Kuah Laksa
2kg ikan kembong atau di campur dengan ikan selayang/ ikan sardin
( direbus bersama 5 keping asam keping dan sdkt garam) selama 15 minit.
(Kalau nak sedap 2 kilo ikan = 1 kilo bawang merah, 1 labu bwg putih)
Sejukkan dan asingkan isi ikan dan tulang. Blend isi ikan smpi halus, asingkan. Blend pula tulang bersama air rebusan tadi dan tapiskan tulangnya. Buat sekali lagi agar air manis tulang itu digunakan sepenuhnya. Setelah itu buang tulang ikan tersebut.
Bahan kisar:
20 biji cili kering ikut pedas. Ustazah guna 20 biji dan dicampur dengan 10 biji cili padi. Mesin halus cili bersama 1 kilo biji bawang besar, 1 labu bawang putih, belacan sebesar 2 ibu jari (pastikan belacan yang baik kualitinya ya) baru sedap.
Campurkan isi ikan yang dimesin halus, air tulang ikan yang di tapis serta bahan kisar. Didihkan dan masukkan bahan kuah di bawah. Didihkan suaikan garam dan masin masamnya. Petua nak sedapkan kuah laksa, sebaiknya masak malam dan makan siang. Lagi lama lagi sedap. Guna semua air rebusan tulang sehingga habis. Semasa merenihkan kuah boleh lah ikut kepekatan yang disukai masing-masing. Setengah orang suka kuah laksa yang pekat dan ada yang suka agak cair. Ustazah pula suka yang pekat sedangkan umi ustazah suka yang agak cair. Jadi boleh adjust kepekatannya ya.
Bahan yang di campurkan dalam kuah:
3 batang bunga kantan
Seikat daun kesum
6 keping lagi asam keping ( ikut masam mana kita nak ya)
6 batang serai
Garam
Gula
Last sekali perah 24biji limau nipis untuk bagi lebih sedap
Bahan hiasan atas laksa:
Bawang yang di hiris nipis
Telur rebus
Cili padi/ cili merah
Limau nipis
Timun yang di hiris memanjang nipis
Daun salad/ ulam gajus
4 biji bawang besar
No comments:
Post a Comment