-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Friday, 29 August 2014

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di muliakan oleh Allah Taala. Hari ni kita tengok resepi ikan cencaru sumbat kelapa pulak ya. Selalu buat ikan ni ustazah suka sumbat dengan cili padahal memang ustazah lebih gemar kalau sumbat kelapa lagi. Cuma al maklumlah penyakit malas tu kadang-kadang mengatasi keinginan nak makan. Akhirnya buat ala kadar ja. Tapi hari ni terlebih rajin pulak. Resepi kelapa ni sangat sedap. Ustazah rekomen kat kawan-kawan kalau suka makan kelapa eloklah mencuba nya ya.

Kalau nak bakar pun boleh nak goreng pun boleh. Kali ni ustazah bakar. Kenapa bakar?? Ermm saje2 nak tukar selera. Hihi

Bahan-bahannya

3 ekor Ikan cencaru ( suruh penjual tu belah belakang siap-siap)
Garam

Kunyit

Lumurkan garam dan kunyit pada ikan luar dalam ye. Pada belahan-belahanya sekali. Tapi bahagian dalam jangan banyak sangat garam sebab inti dah cukup masin

Inti kelapa

Kelapa dalam semangkuk kecil
Cili merah 4-5 biji
Cili melaka ( ustazah tak letak tadi sebab cari dalam peti ais tak jumpa)
Kunyit hidup 2 inci ( tadi letak kunyit serbuk ja)
Bawang besar 1/2 biji yang besar. Kalau sederhana saiznya letak sebiji.
Bawang putih 3 ulas
1 batang serai
Asam jawa ( adabi dalam 1 sudu kecil)
Garam
Gula
Udang kering ( tak ada udang kering ustazah letak kiub ikan bilis tadi)

Gula sedikit ( 1/2 sudu)
# semua bahan ini di kisar halus dengan hanya sedikit air.

Dah siap semuanya, sumbatkan dalam ikan ya. Ikan kembong pun boleh.

Bakar / panggang / goreng

Selamat Mencuba.

2 helai daun kunyit di mayang. Campurkan dalam kelapa kisar.

Posted by Unknown at 05:58
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

1 comment:

  1. husna11 May 2016 at 22:38

    Mkn dgn kuah ap sedap ni? Sy tgh bkr ikn ni..rspi sis.. Heee.. Tp bkr balut daun pndan.. Hrum smerbak..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ▼  August (14)
      • Laksam
      • Ayam Panggang Best
      • Ayam Panggang best
      • Roti Sarang Lebah Lydia Honey
      • Udang Goreng Butter Ustazah
      • Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
      • Kek Pisang Gebu
      • Donut Gebu
      • Donut Gebu
      • Kek Sunquick Minyak
      • SUP EKOR POWER
      • Gulai Parpu Telur
      • Laksa Siam Noxxa
      • Kuah kacang noxxa Nasi Impit
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah