-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Monday, 14 July 2014

Nasi Arab Mandy Noxxa

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang dikasihi Allah selalu. Semoga bulan Ramadhan ini menjadi bulan Ramadhan terbaik dalam hidup kita semua ya insya Allah. Dalam pada kita beribadah memasak juga merupakan aktiviti ibadah yang mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah. Namun ianya mestikan betul niat dan caranya. Sabda Rasulullulah s.a.w. bahawa barang siapa yang menjamu orang yang berbuka puasa maka ia akan mendapat pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangkan pahala puasa orang tersebut. Disamping itu juga orang yang menjamu orang yang berpuasa itu akan mendapat syurga dan dijauhkan dari Neraka serta diampunkan dosa. Jadi rajin-rajinlah masak dan boleh jamu orang berbuka ya.

Berbalik pada cerita Nasi Arab Mandy ni pulak ya. Ustazah dan keluarga memang suka makan nasi Arab. Tapi harganya sangat mahal. Sesekali nak makan kena berbelanja mahal. Sejak ustazah boleh masak sendiri nasi ni, memang kami tak makan kat luar lagi. Anak-anak cakap mana boleh sama dengan Nasi Arab ibu...hehehe

Ok lah disini ana kongsikan cara-caranya serta bahan-bahannya ya. Ana pun ambil kat internet juga. Resepi dari Pn Raidah. Ana mohon halalkan ya puan. Nak bagi sebarkan pahala puan. Ramai penggemar nasi arab rupanya.

Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.

Bahan-bahan ayam:

1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron

Cara2nya penyediaan ayam

Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.

Nasi

4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.

Sos

1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus)


Posted by Unknown at 20:50
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: NASI ARAB MANDY AYAM DAN KAMBING

9 comments:

  1. Unknown6 November 2014 at 20:02

    mohon share pic puan..

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Irfanayla9 December 2014 at 07:05

    salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  3. ustazahku24 May 2016 at 19:07

    Saya ada jual Rempah Nasi Arab kluaran Asdiqo Enterprise..Sgt mudah disediakan Dan murah..boleh order di sini 019-5564878

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  4. ustazahku24 May 2016 at 19:08

    Saya ada jual Rempah Nasi Arab kluaran Asdiqo Enterprise..Sgt mudah disediakan Dan murah..boleh order di sini 019-5564878

    ReplyDelete
    Replies
    1. zack28 December 2017 at 23:11

      Berapa harga rempah nasi arab?

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  5. Seri Zabidin4 June 2016 at 02:50

    Salam pn. Mohon share resepi dan pic ya.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  6. Seri Zabidin4 June 2016 at 02:52

    Salam pn. Mohon share resepi dan pic ya.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  7. Seri Zabidin4 June 2016 at 02:52

    Salam pn. Mohon share resepi dan pic ya.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  8. ira20 November 2018 at 17:16

    ayam tu masak ke

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ▼  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ▼  July (22)
      • Cheese Tart
      • KEK LAPIS PENAWAR RINDU
      • Wajik Noxxa
      • Pizza Noxxa
      • Puding Marble
      • Pulut Kuning Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Bubur Cha cha Bersama keledek Noxxa
      • Nasi Arab Mandy Noxxa
      • Bubur Lambuk/Bubur Nasi
      • Ikan Siakap Kukus Noxxa
      • KEK COKLAT NOXXA
      • Nasi Daging Noxxa Ustazah Ani
      • KEK GULA HANGUS NOXXA USTAZAH ANI
      • Kari tulang bersama Rebung Madu
      • Daging Goreng Sos Noxxa
      • Nasi impit Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Hujan Panas Noxxa Ustazah Ani
      • Nasi Ayam Noxxa Ustazah Ani
      • Puding karamel noxxa ustazah Ani
      • Doa Terawih 1
      • Ayam Panggang Noxxa Ustazah Ani
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah