-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Wednesday, 31 January 2018

Nasi ayam

Assalamualaikum sahabat-sahabat ustazah yang dikasihi. Semoga Allah Taala sentiasa memberi rahmat dan keberkatan di atas apa sahaja yang kita buat setiap hari aamiin.
Hari ini ustazah masak Nasi Aysm tetapi bukan dalam periuk biasa ya. Ustazah masak dalam periuk ajaib Noxxa. Segala kerja menjadi mudah dan senang. Tak kotorkan dapor dan mengambil masa yang singkat

Bahan-bahannya:
Beras biasa. Sukatan air juga macam biasa. Ustazah biasa sukat air pada jari 'hantu' / jari tengah pada takat 1 dan 1/2 .
Bahan blend ( bwg besar, bwg putih dan halia)
4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang , pelaga dan cengkih)
Butter dan minyak sapi untuk menumis
Daun pandan
Serai 2 batang
Kiub ayam
Garam secukup rasa
(Ustazah masak 6 cawan Noxxa tadi)
Cara-caranya:-
1. Set 'stir fry' dan ON
2. Tumis bahan-bahan blend dan 4 sekawan dalam minyak sapi dan margerine yang dicairkan.
3. Tuang beras kacaukan dan letakkan air, susu cair dan bahan-bahan lain.
OFF kan dan tukar ke HIGH PRESSURE selama 7 minit. Pastikan tombol diarahkan ke pressure ya. Tutup penutup baru pusing tombol.
4. Setelah itu tekan ON.
5. Bila dah bunyi bip2..biar dulu jangan buka terus. Biar lebih kurang 3 minit. Dan keluarkan periuk boleh tanggal dan letakkan di luar.


Masak tanpa Noxxa

Didihkan air dan msukkan halia dn bawang putih yg d tumbuk..( bwg putih 6 ulas)

Bila air mendidih msukkan ayam yg d potong 4/6

Masak smpai ayam msak elok. 

Bahan nasi:

Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.

Daun pandan, serai, rempah 4 sekawan

Tumiskan semua ini dan msukkan beras yg telah d cuci beserta air rebusan ayam, minyak bijan , kiub ayam, garam. Susu cair sdkt. Msak mcm biasa. ( pewarna kuning ) jika suka.

Cili:

Cili merah 4/5 biji, 2 ulas bawang putih, sos.cili secukupnya, msukkan air rebusan ayam dan blend. Air jgn bnyk sngt. 

Kicap:

Ayam yg tlh d rebus di salut bersama sos tiram, kicap manis kipas udang, madu sedikit ( kalau tak ada madu letak gula ) minyak bijan dan bakar / goreng. Kalau nk goreng api jgn kuat.  Sbb sng nk hangus. 

Ambil lebihan perapan ayam..tambah kicap manis lagi sekali. 




selamat mencuba

Posted by Unknown at 23:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nasi Ayam Noxxa Ustazah Ani
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ▼  January (1)
      • Nasi ayam
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ►  2015 (43)
    • ►  August (1)
    • ►  July (36)
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah