-->
Dapur Dan Ustazah

Tittle

Blog ini di bina khas untuk berkongsi idea dan berkongsi resepi makanan dalam dan luar Malaysia,jika mempunyai sebarang masalah berkaitan blog ini sila lawati Facebook Ustazah, Terima Kasih.

Wednesday, 5 August 2015

Kek Pisang Carrot Choclate Chips

Resepi kek pisang ini ustazah ambil dari resepi asal Ainurmariza D' Kichen. Mohon halal ya..ustazah share pada kawan-kawan semoga dapat keberkatan buat ainur. Aamiin

Resepi asal tak ada carrot dan choclate chips..ustzh tambah je ni, kalau tak suka tak perlu letak ye. Tapi dah ckup sedap dan lembut kek ni

Resepi :

4-5 biji pisang emas - di lecek , ustazah guna garfu. ( kalau pisang berangan ustazah letak 2 biji setengah. )

4 biji telur - Gred A or B

3/4 cawan gula castor ( resepi asal 1 cawan)

1 cawan minyak jagung ( ustzah guna minyak masak je ) pun sedap

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum yang di ayak bersama,

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat ( kurang sikit pun xpe)

Bahan C

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu kecil esen pisang ( yg ni yg buat bangkit rasa pisang)

50g walnut cincang - ustzah guna kacang tanah kisar kasar beli di kedai bahan kek

1/2 biji carrot yang di sagat.

1/2 cawan choclate chips

Caranya:

1. Panaskan oven suhu 170 c , 15 minit sebelum baking.

2. Pukul telur dan gula sampai kembang putih dan kemudian masukkan minyak .pukul lagi.

3. Campurkan pisang dan carrot dengan cara kaup dan balik.

4. Masukkan esen vanila dan esen pisang dan juga tepung. Gaul lagi.
Kalau nak letak choclate chips pun blh. Juga kacang.

5. Tuang dalam paper cup yang comel atau loyang 4 segi 8x8.

6. Bakar suhu 170c selama 50 minit - 1 jam. Atau sehingga masak. Kalau dalam paper cup 30 minit dah masak.

Api atas dn bawah.

Posted by Unknown at 22:03 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kek pisang carrot dan choclate chips

Wednesday, 29 July 2015

Nasi Lemak versi Ustazah Ani

Hari ni masak nasi lemak sebab malas nak masak ayam, daging dan ikan. Badan pun tak berapa sihat maka tercetuslah idea nak masak nasi lemak ala2 ciptaan sendiri hihi

Nasi lemak

5 cawan beras
1 labu besar bawang
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari tngan ye
Semua ini Hiris nipis

Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih serba skit

Daun pandan 2 helai atau 3 di simpul

Semua bahan-bahan di atas ditumis dgn minyak

Masukkan beras setelah bahan2 tersebut berbau wangi. Masukkan santan lbh kurang 2rm ( jika suka lemak boleh letak lebih sikit santan) dn air secukupnya. Garam serta gula.
Masukkan juga sedikit pewarna kuning lemon.

Masak nasi smpai siap.

Sambal Tumis

1. Goreng dulu ikan bilis sampai garing sebab kita nak pakai minyak tuk menumis. Angkat ikan bilis dan ketepikan.

2. Blend bawang besar 2-3 biji, 3 ulas bawang putih, 2 batang serai, 20 biji cili kering, belacan jika suka ( ustzh x suka letak belacan)..smpai lumat.

3. Tumiskan semua bahan2 tadi mengunakan minyak lebihan goreng ikan bilis tersebut.

4. Apabila pecah minyak masukkan air asam jawa dan satu sudu sos tomato. Garam dn gula.

5. Hiris nipis bawang besar sebiji dan taburkan atas sambal tuk beri rasa manis bawang.

6. Kalau suka letak ikan bilis goreng blh jgk..ustzh plk suka letak ikan bilis tak goreng. Biar lembut dan mesra dalam kuah.

Siap!!!!!
Makan bersama telur rebus yang d rebus bersama garam, kacang, ikan bilis goreng , sambal dan ikan kering masin atau masam..aduh..selera nya

Posted by Unknown at 23:39 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: nasi lemak versi ustazah ani

Step by step Kari Ikan Masin

Perkongsian oleh Ainy Usin dr fb. Kredit buat Ainy atas gambar-gambar satu persatu. Semoga Allah memudhkan reseki nya ya aamiin3. Halalkan ya ustzh perpanjangkan resepi ainy

Posted by Unknown at 23:29 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: step by step kari ikan masin

Bihun Goreng Putih

Posted by Unknown at 22:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bihun goreng putih

Sardin homemade Ustzh Habsah

Resepi asal dari Ustazah Habsah

Posted by Unknown at 08:13 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: sardin homemade ustzh habsah

Saturday, 25 July 2015

Kek Batik Ida Shahida

Jazakillah kepada kak Ida shahida kerana berkongsi resepi kek batik ini. Ustazah tak sempat buat lagi, simpan dulu resepi nanti senang nak buat rujukkan.

Resepi dan gambar asal.adalah dari Ida Shahida bukan dari ustazah ya

Posted by Unknown at 19:12 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kek batik ida shahida

Koleksi Resepi Karipap

Resepi dan gambar asal hasil perkongsian dari fb. Ustazah nampak resepi ni dikongsikam oleh sahabat fb terus ustH simpan. Jazakumullah kpd blog yg sudi berkongsi resepi dan cara membuat karipap dengan semua. Semoga Allah membalas kebaikkan anda dengan rahmat dan murah rezeki.

Posted by Unknown at 17:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: koleksi resepi karipap

Friday, 24 July 2015

Agar-Agar Pandan

Resepi dan gambar asal dari fb Chef Fazalina

Posted by Unknown at 01:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: agar-agar pandan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
get this
Fruity Watermelon Heart

Resepi Lalu

get this widget here

Facebook

Facebook
Selamat Datang

Blog

Blog

Ustazah Ani

Ustazah Ani

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
  • ▼  2015 (43)
    • ▼  August (1)
      • Kek Pisang Carrot Choclate Chips
    • ►  July (36)
      • Nasi Lemak versi Ustazah Ani
      • Step by step Kari Ikan Masin
      • Bihun Goreng Putih
      • Sardin homemade Ustzh Habsah
      • Kek Batik Ida Shahida
      • Koleksi Resepi Karipap
      • Agar-Agar Pandan
    • ►  May (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2014 (91)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (11)
    • ►  August (14)
    • ►  July (22)
    • ►  June (1)
    • ►  May (5)
  • ►  2013 (2)
    • ►  November (2)

Mari Intai-intai Dapur

Hak Cipta Tepelihara. Dapur Ustazah